Saturday 23 April 2011

Bab 1 : Reka Bentuk dan Teknologi

1.1  Faktor Reka Bentuk

  1. Fungsi - Haruslah dapat menyelesaikan masalah serta memenuhi kehendak dan keperluan pengguna
  2. Rupa Bentuk - Mestilah tepat, menarik, dan mempunyai saiz yang sesuai
  3. Kesesuaian Bahan - Bahan yang dipilih mestilah tepat, sesuai dengan fungsinya dan tidak melebihi kos yang telah diperuntukkan
  4. Kaedah Pembinaan - Mestilah tepat, sistematik, dan mudah supaya reka bentuk yang sempurna dapat dihasilkan
  5. Ketahanan - Dapat meyakinkan pengguna untuk menggunakan produk
  6. Kos Produk - Mengambil kira kos bahan, kos overhed, dan kos upah serta tidak membebankan pengguna
  7. Kemasan - Mestilah menarik dan sesuai dengan fungsi dan kegunaanya
  8. Faktor Keselamatan - Dititikberatkan supaya produk selamat digunakan, mesra pengguna, dan mesra alam
  9. Nilai Komersial - Produk yang bernilai komersial seharusnya menepati kehendak dan cita rasa pengguna
1.2  Jenis Bahan dan Pengikat
1.2.1  Saiz, Sifat, dan Kesesuaian Penggunaan Bahan

Aluminium
  • Aluminium ialah bahan logam bukan ferus yang diperoleh daripada bahan galian bauksit.
  • Aluminium bersifat ringan, tidak berkarat, dan mudah dibentuk.
  • Saiz aluminium yang biasa terdapat di pasaran ialah 122 cm x 244 cm dan 91 cm x 183 cm dengan pelbagai ketebalan.
  • Aluminium sesuai digunakan untuk penghasilan barang perhiasan, peralatan rumah, kabel elektrik, dan bahan binaan.
  • Kelebihan : Ringan, mudah dibentuk, tidak berkarat, dan mudah dipotong.
  • Kelemahan : Tidak dapat dipateri dengan menggunakan pemateri logam.

Keluli Lembut
  • Keluli lembut ialah sejenis bahan logam jenis ferus yang diperoleh daripada campuran besi dan karbon.
  • Logam ini mudah dipotong, dibentuk, dibengkok, dan boleh dikimpal.
  • Boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti tiub, bar, dan kepingan serta pelbagai ketebalan.
  • Tidak sesuai dijadikan alat pemotong kerana lembut dan tidak tajam.
  • Contoh kegunaan : Bol, nat, paku, dawai, jeriji, dan pintu pagar.
  • Kelebihan : Dapat dipateri dengan menggunakan pemateri logam.
  • Kelemahan : Mudah berkarat jika tidak disapu dengan cat licau.

PVC ( Polyvinyl Chloride )
  • PVC diperoleh dalam bentuk paip.
  • PVC bersifat ringan, tidak berkarat, dan mudah dikendalikan.
  • Saiz PVC yang biasa terdapat di pasaran berdiameter 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm, 38 mm, dan 50 mm.
  • PVC dapat disambungkan dengan menggunakan soket penyambung yang sesuai dan diglukan dengan menggunakan simen pelarut atau glu PVC.
  • Kelebihan : Tidak berkarat, ringan, dan mudah dikendalikan.
  • Kelemahan : Tidak tahan kepanasan.

Perspek
  • Perspek ialah kepingan plastik yang keras.
  • Perspek terdapat dalam pelbagai warna dan ketebalan.
  • Saiz perspek yang biasa terdapat dipasaran ialah 122 cm x 244 cm dan 61 cm x 122 cm.
  • Perspek sesuai digunakan untuk membuat bentuk-bentuk model atau prototaip bagi sesuatu produk yang dihasilkan.
  • Kelebihan : Mempunyai permukaan licin, berkilat, dan terdapat pelbagai warna yang menarik.
  • Kelemahan : Permukaan mudah calar, keras, dan mudah pecah semasa kerja pemotongan.

1.2.2  Pengikat

Rivet

  • Rivet ialah bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan dua atau lebih kepingan logam pada rangka projek secara kekal.
  • Rivet diperbuat daripada bahan logam yang lembut seperti aluminium atau loyang.
  • Rivet digunakan bersama riveter.

Glu Panas
  • Glu panas ialah bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan kayu, papan lapis atau perspek.
  • Glu panas digunakan bersama hot glu gun.
  • Hot glu gun menggunakan bekalan arus elektrik untuk mencairkan batang glu panas.

Skru Benam Sendiri
  • Skru benam sendiri ialah bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan kepingan logam pada rangka atau pemidang projek dari keluli lembut.
  • Skru benam sendiri akan menghasilkan cantuman yang kuat.
  • Kelebihan skru ini berbanding dengan skru biasa ialah skru ini boleh mengulir sendiri ketika dipasang.



1.3  Alatan Tangan dan Mesin
1.3.1  Alatan Tangan

Pisau Pemotong Perspek
  • Digunakan untuk memotong kepingan perspek.
  • Menggunakan mata pemotong khas yang boleh ditukar ganti.

Gandin Getah
  • Digunakan untuk mengelakkan permukaan kepimgan logam daripada menjadi calar atau rosak.
  • Digunakan untuk mengetuk dan meratakan kepingan logam.
  • Kepala gandin getah diperbuat daripada getah bagi mengelakkan permukaan kepingan logm daripada tercalar atau rosak semasa melakukan kerja


Penebuk Pusat

  • Kegunaan : Menanda pusat lubang pada kepingan logam sebelum kerja menggerudi dilakukan supaya mata gerudi tidak tergelincir semasa kerja mengerudi dijalankan.
  • Mempunyai mata yang bersudut 90 darjah dan digunakan bersama tukul bonggol bulat.


Riveter

  • Riveter digunakan untuk memasang rivet secara kekal pada kepingan logam.
  • Digunakan untuk merivet atau mencantum kepingan logam.
Hot Glu Gun
  • Hot Glu Gun digunakan untuk mencairkan batang glu panas semasa proses mengglu.
  • Eleman pemanasnya memerlukan masa lebih kurang lima minit untuk mencairkan glu.
  • Apabila picu ditarik, glu yang cair akan dikeluarkan.


Stapler Gun
  • Digunakan untuk menyambung kepingan yang nipis dan lembut seperti kain kanvas, kulit, PVC nipis, kepingan papan lapis, MDF, dan mounting board.
  • Digunakan bersama dengan pelbagai saiz dawai kokot.
  • Sebelum proses menyambung dilakukan, bahagian yang hendak dicantum hendaklah dirapatkan.
  • Jenis yang sesuai ialah heavy duty.

1.3.2  Mesin

Mesin Gergaji Jig





  • Kegunaan :
  1. Memotong lengkung, bulat, dan  lurus pada papan lapis, MDF, san papan.
  2. Memotong bahan seperti kayu, logam lembut, dan perspek.
  • Mata pemotong gergaji diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi.

  • Bahagian utama dan fungsi adalah seperti dibawah :
  1. Suis - Menghidupkan motor.
  2. Pemegang ( Hulu ) - Menetapkan pegangan semasa menggergaji.
  3. Pemandu - Sebagai panduan mengikut garisan pemotongan semasa proses menggergaji.
  4. Tapak - Menetapkan gergaji pada benda kerja yang dipotong.
  5. Pelindung - Melindungi mata pemotong.
  6. Kabel - Menyambungkan bekalan elektirik.


Cordless Screwdriver

  • Kegunaan : Melonggar atau mengetatkan skru, Menebuk lubang kecil pada kepingan kayu dan logam dengan memasang mata gerudi pital pada rahang bindu.
  • Menggunakan kuasa bateri yang boleh dicas semula dan boleh dibawa kemana-mana tanpa wayar.
  • Bahagian utama dan ungsinya adalah seperti dibawah :
  1. Hulu - Memegang mesin semasa kerja menskru.
  2. Suis - Menghidupkan motor dan melaras kelajuan pusingan bindu        ( kelajuan rendah atau kelajuan tinggi )
  3. Pelaras arah pusingan bindu - Melaraskan pusingan bindu mesin sama ada untuk membuka atau mengetatkan skru.
  4. Bindu dan rahang bindu - Memegang mata pemutar skru atau mata gerudi.
  5. Bateri - Membekalkan arus elektrik (a.t) kepada mesin.
  6. Pengunci bindu - Mengetatkan cengkaman pada rahang bindu.



Sander

  • Sander ini digunakan untuk kerja kemasan.
  • Meratakan permukaan projek kayu.
  • Membuang bahagian karat pada keluli sebelum kemasan.
  • Bahagian utama dan fungsi adalah seperti dibawah :
  1. Pemegang - Memegang mesin semasa kerja meratakan atau melicinkan projek.
  2. Suis - Menghidupkan motor mesin.
  3. Kekunci suis - Mengunci suis semasa kerja meratakan atau melicinkan projek.
  4. Kabel - Menyalurkan bekalan elektrik kepada mesin.
  5. Tapak - Bahagian yang akan dipasangkan kertas las untuk kerja kemasan projek.
  6. Penyepit - Menyepit kertas las pada tapak.



1.4  Proses Reka Bentuk
1.4.1  Lukisan Projek
  • Menggambarkan saiz dan bentuk sebenar projek yang hendak dibuat.
  • Menentukan jenis bahan yang akan digunakan untuk membuat sesuatu projek.
Membuat Lakaran Reka Bentuk
  • Lakaran dibuat dalam bentuk lakaran dua demensi (2D), tiga demensi (3D) atau perspektif.
  • Lakaran 2D menunjukkan bentuk sebenar dalam dua atau tiga pandangan.
  • Lakaran 3D menunjukkan gambar sebenar projek. Contohnya, lakaran oblik atau isometrik.
  • Lakaran bentuk perspektif pula ialah lakaran yang menunjukkan pandangan objek mengikut aras mata. Lakaran ini dilukis dalam bentuk perspektif satu titik atau perspektif dua titik.
1.4.2  Pembinaan Projek
Proses Mengukur
  • Proses mengukur dilakukan untuk mendapatkan ukuran yang tepat pada setiap bahan yang akan digunakan.
  • Alat pengukur seperti pembaris keluli, pita pengukur, dan sesiku L digunakan.
  • Ketepatan ukuran akan menghasilkan projek yang sempurna.
Proses Menanda
  • Proses menanda dilakukan setelah selesai proses mengukur bahan.
  • Proses penandaan dilakukan dengan menggunakan alat untuk menanda seperti pensel, pisau penanda, sesiku L, tolok penanda, penggarit, dan penebuk pusat.

Kumpulan 3:
Nur Syafiqah Solehah
Nazhatul Syahirah     
Dg.ku Mazwa Ifwani 
Nurulain Atiqah         
Shaidatul Amiera       
Nurul Syazwani         
Elkanah                     
Nur Alyaa Nadhirah  

6 comments: